Saturday, October 29, 2005


Team Ex-MMU in UM Posted by Picasa

Team TM - 1st sems Posted by Picasa

rumah baru Posted by Picasa

Thursday, September 08, 2005

OnE Really BusY WeEk

Bismillah..
Assalamualaikum Wrbt.
it is the busiest week of the year..i guessed....

why??

hurmmm too many things to be completed within the week....

what are the things???

let see, first of all its going to be a test on DSP this weekend...not really sure whether i hv covered up all ....since i guess there is still no 60 % confidence in me....n i am still trying

then, i am shifting to JRC this weekend...yup, gonna be in a new, working environment, new job title, new job funtion, new boss, new work schedule...everything is new....when it is new, it means that a lot of new thing need to be learned...huhuhu penat

furthermore, i am having a training at MMC on TCP/IP. 4 hari beb.....

Plus......its a final week before my 2 months reunion planning take place....dah banyhak rancang tp still rasa cam ada banyak lobang yg perlu ditutup dan di perbaiki....

that is why ive called it the busiest week of the year.....tq :P

Monday, July 18, 2005

updated story....

Its morning and i am in the office since last night, workin.. and guess what, im gonna stay for the next 8 hours heh.. sebenarnya last night wasnt my shift part, but since i need to attend class yesterday morning, just then i need to switch with susu.. Lets talk about my first class in UM,

16 July 2005..
my first class in the morning with the subject, antenna n propogation. Dr Wan is my lecturer. most probably im dealing with antenna part, the transmission line, resonant or transmitter and receiver,, just like old days...and those spherical and coordinates will haunted us again...

in the afternoon..
my class on analysis and design of telecommmunication nwk, by Prof Kahar, who is also our coordinator for ms eng tele. class is ok

17 July 2005..
my introduction to telecomm. falls in the morning class. prof..forgotten his name pulak...tp chinese...mmg best n lawak. n dier ni mmg nampak really friendly plus banyak pengalaman. best best

in the afternoon..
pulak, is my analysis and design of tele. nwk. prof raveen is taking the class. his character is ok and easygoing. but... the i ve heard that this is the most difficult and complicated subject among all. plus....mathlab lagiiii arrghhhh aku mmg tak expert matlab ni...cuak cuak..tp takper...ramai kawan aku master.. try refer to depa...

ok, tu citer bab kelas...jumaat malam tu pulak, shima ada problem ngan kete dier kat federal.. call aku sbb dier kata takder sapa nak call lg..aku pulak mmg jenis tak reti bab repair kete ni, bawak ngan make up kete reti le skit skit....shima complained cakap temp kete naik mendadak, aku pun call member aku, car expert, mr Wong (nama sebenar ridwan), dier suggest bawak air banyak siap siap n isi air kat radiotor dan jalan. kalo temp naik lg kene berenti, sejukkan enjin dan isi air dan jalan....heh...mmg itulah yg dipraktikkan malam tu...Alhamdullilah berjaya gak. kalo tak mmg kene tunde laa kete tu,... mmg terbang dlm 60 ringgit jugak laa sbb nak tunda jee...kan makcik shima kan.

next blog update coming up..... tungguuu

Saturday, June 04, 2005

it is one o clock in the morning...

Bismillah..
its 0100 and i am working now...keje mlm ni cam ni la, tak slalu ader call pun, so slalu borin je..kalo dah boring baru laa bole layan blogging kan,..ahaks

esok ade 2 kenduri kawen, kenduri kawen nad n kenduri kawen abg dollah..

nad more to my friend sbb masa alpha mmg within one group dlm team konsert malam aspirasi kesenian islam..few memory lies with her ialah masa kegemilangan mirc...still remember dier guna nick nadurah..haha...and she was the busiest person masa malam konsert nasyid tuu...master of hall lah katakan ....anyway to her.....selamat pengantin baru...n semoga berbahagia ke akhir hayat..

abg dollah, was my senior back at mmu...actually dier ni more as my mentor and advisor....sebelum dier jd lecturer di mmu...banyak bekerja under dier dlm program pbmkm and yg paling tak dilupakan program program international...i can tell u, with his spirit and guidance mmg nak jalankan program yg menelan belanja sehingga ratus ribu ringgit tu mmg possible. plus.. abg dollah ni mmg tak pernah kisah kalo ader org cakap cakap belakang pasal dier....n all his ignorance somehow turned to be the correct choice. then selepas jd lecturer, he became one of the PBMKM advisors until now.. apapun abg dollah, mmg sy respect n salute...selamat pengantin baru n semoga berbahagia ke akhir hayat...

to all my friends, pse realise that we are 'losing' our friends day by day...pse do grab the opportunity to hv and to internalise the beauty of hving friends k....c ya in the next post


p/s: tak sabar nak tengok myvi ebony black

Thursday, May 26, 2005


WiSE with Lenso GTR 7 X16 100 H/SILVER  Posted by Hello

Thursday, May 19, 2005

Fuel efficiency, economical plans

sorry sbb lama tak update....bukan apa, cuma takder apa yg menarik sgt yg best...sejak balik pulau kapas haritu..ni ada skit lah ek

Mlm ni, aku dapat info, bebudak exantra - vietnam akan berlepas ke sana, jam 8 pagi ni. Mereka akan menjelajah vietnam, memperluas permandangan dan pengalaman berguna di negeri org. Tahniah buat pasukan yg telah meneruskan tradisi program antarabangsa PBMKM. Utk pengetahuan, program antarabangsa bukanlah sebuah program yg mudah. Bajetnya saja boleh mencapai puluhan, malah ratusan ribu ringgit. Tekanan kerja, pembahagian masa dengan study lg mmg mencabar. malah bole dikatakan, peserta yg terpilih pada awal program dan akhir program sehingga tiba waktu perlepasan akan ada perubahan. Adakalanya tekanan psikologi seperti perang psikologi oleh pihak pihak yg tidak bertanggungjawab menambah lg tekanan ahli ahli pasukan. namun saat paling manis bagi ahli pasukan ialah pada ketika menjejakkan kaki ke perut boeing atau airbus pada waktu perlepasan yg sekaligus memberi kepuasan diatas segala rintangan yg telah dihadapi sebelum ni. Kepada team exantra-vietnam, diucapkan selamat jalan dan menjaga nama baik diri sendiri, persatuan, MMU, dan negara khasnya.
p/s - Yg berbahagia Tun canselor pernah memberi galakan utk pelajar malaysia agar menjelajah negara org bagi menimba pengalaman dan ilmu berguna..

Petang td, lepas balik dr Internal Meeting GNOC, aku singgah di kedai RIm Lenso. kedai tu baru je bukak, cawangan di Tmn Tun. Yup, cadang nak tukar rim kete. Bukan aku saja saja nak buang duit tuka rim ni, cuma abah aku advise, Rim kete aku sekarang ni berat, so dier affect fuel efficiency. Wira SE ni utk pengetahuan dier pakai RIM JRD size 16. kalo ikut advise kedai lenso tu, mmg dier kata rim jenis ni malaysian made dan mmg berat. so dier recommend aku tukar ke light aloy, size sama. memula aku nak tukar ke 15 inch, nampak cam jd lg ringan. tp org kedai tu kata kalo tukar 15 inch, aku kene tukar tayar sekali which cost me more lah..org tu explain, tayar lifespan sebenarnya leh capai 40000 km and tayar kene rotate at least lepas 14 km. hurmm...so kalo aku stay ke 16 inch, aku tak perlu tukar tayar. then cost light aloy tu 1900 tuk 4 bijik...perghh mahal seyy....then dier recommend aku trade in rim lama tu. memula dier estimate aku leh dpt 300 tuk 4 rim lama tu. then lepas mintak dier consider balik, dier kata bleh bg 400, dengan syarat rim tu ok dan tak kemek. humm...bila kira balik, kos tukar rim ni jd 1600 lebey. cost tu campur nutlock, cool valve dan wheel alignment. apapun aku kata nak pikir dulu, tanya org expert yg lain sebelum buat keputusan. kalo korang expert bab bab ni, inform aku ek.

By 20th ni, warga tm akan mula dpt bonus. aku?? aku tak sure dpt ke idak, biasalah, budak budak baru ni susah skit justifikasi dier...so berserah jela. Tp kalo dapat, Alhamdullilah, aku pun dah ade plan dlm kepala aku ni...nak tuka rim yg 1600 lebey tu , n nak wat bayo first payment M eng. Aha, pasal master ni, i just got the news last week, tu pun, aku yg call, nak tunggu diorang antar surat ke mmg lambat sgt. InsyaAllah, aku akan sambung dlm M eng di UM nnt. Dengar intake bulan July nnt. so banyak kene prepare sekarang ni.

alrite.. guess thats all for now, folks.. jumpa di lain posting ok .. cya

Thursday, May 05, 2005


baru sampai terus bergambar.. Posted by Hello

berehat di samping chalet - lair, zila, aku, adios, rosli, shida (berdiri), cam Posted by Hello

Best vacation ever kut

Salamz..
its 05/05/05...heh, nice date isnt' it?

ok, straight to the story of the latest event, best vacation ever kut....Pulau Kapas 2005 (30/4/2005 - 2/5/2005)

29/4/2005 - jam 11 malam, dlm 4 kereta bertolak dr Stesen LRT putra, Gombak. Lagi 2 kereta pulak janji jumpa di hentian temerloh. Sepatutnya bertolak kul 9.30 mlm, tp biasa laa mmg dah dijangka akan jadi macam macam. so team hanya dpt bergerak jam 11 mlm. first stop point di temerloh, solat isya n makan bg yg belum makan. jam masa tu pukul 1 pg. Then terus ke Dungun. Perjalanan amik masa dlm 2 jam setengah sehingga tiga jam, dlm time ni macam macam gaya driving ade...ada kete yg dah nak ketepi laa, kete tertinggal kat belakang la. ni suma sbb ngantuk n keletihan....aku sendirik skit lg kemalangan, sbb tak perasan ade kerete tetiba masuk dr simpang stesen minyak, time tu aku tengah dlm 120 km/j, sib baik co pilot proactive. kita berenti di dungun tuk amik sorg pessenger, zeerraf di dungun then trus ke rumah cam di kt.

30/04/2005 - sampai umah cam dlm subuh. sibbaik family cam provide suma ...tempat berehat, sarapan pg, kat kitaorg yg ader dah terbongkang dan ader yg wat cam umah sendirik :D. Dlm jam 9.00 pg kita bertolak ke jeti marang tuk ke pulau kapas. bot mmg best la sbb bot laju... Sampai pulau kapas dlm kul 11 pg. Ingatkan lepas check in tu nak tido. sekali tak bole tido sbb electric tak ada. kat pulau ni mmg grid tnb tak masuk so diorang pakai generator berkuasa diesel. Tuk penjimatan, generator dihidupkan dr 6.30pm - 7.30am sahaja.

bila 6.30pm je, agenda utama kami pun bermula, iaitu mencandat sotong, memula suma excited sbb baru first time dlm hidup kan. tp dah tengah tengah tu...ramai gak laa yg anggap the worst nightmare in life. :D mana tak nya, ramai yg mabuk laut..kita bertolak naik bot nelayan. then bot tu berhenti di tengah lautan luas. masa tu laut bergelora jugak la. ramai dah start nak mabuk. so masa tu suma akan campak candat tu ke dasar laut. candat ni rupanya macam mata kail bercabang. program candat ni kita expected sampai 4 pagi...tp kul 10 - 11 mlm ramai dah ajak balik sbb tak tahan. ramai dah menyumbang muntah diorang ke laut hehe...aku pun jugak laa :D..aha tu laa, baru kitaorang tau...camtu laa kehidupan nelayan sebenar...besar betul pengorbanan nelayan ni kann..mlm tu hampir 20 sotong gak laa kita dpt. tu sebenarnya kira skit...kata nelayan berpengalaman kat sana, kalo tunggu sampai pg, bleh dpt sebaldi

01/05/2005 - bangun pagi ni, ramai yg segar bugar lepas mabuk laut mlm td. then kita proceed ngan activity berkayak, berkayak beramai ni mmg best, berlumba la, berlanggar sesama sendiri laa.....pastu kita ramai ramai singgah kat pulau berhampiran tuk berehat dan bergambar. then petang pulak, aku n beberapa org gi snorkling. my first time laa tuk activiti ni. masa start masuk laut dlm tuu...mmg cuak, aku tengok bebudak lain masuk yg pompuan rilek je...heh...malu pulak tengok pompuan lg berani.....tp pas setengah jam macam tu, rasa dan makin berani, kira dah dpt biasakan diri la...dasar laut mmg cantik, dengan coral yg lawa, ikan yg colorful...n ikan nemo (clown fish) yg femes tu mmg tumpuan lah..itulah antara kecantikan dunia ciptaan Allah yg belum diusik tangan tangan manusia lg kan..Subhanallah... balik dr snorkling, kita berehat..n malam tu kita bakar sotong yg kita tangkap semalam.

02/05/2005 - pagi ni kita main volley ball pantai dan mandi laut puas puas sblm balik. balik cam biasa, naik bot laju. time tu best gak sbb bot kitaorang sebelah menyebelah...cam berlumba je..then sampai di KT, kita makan tengahari di umah adios...then shopping skit sebelum bertolak balik ke kl. masa time balik best skit sbb ader zila yg mmg nampak hepi jee sepanjang jln..walaupun menguap banyak kali gak laa.:D Alhamdullilah sampai kl dlm jam 11 mlm.

Percutian ni mmg best, thanks n tahniah to faiez n rakan penganjur yg lain, yg organize secara teratur. InsyaAllah, there will be another vacation coming up next.....thanks to all participant, all of u hv created another valuable memory to us. c ya in the next issue k

Friday, April 29, 2005

Akhir April 2005

Bismillah..
Salamz..
Alhamdullilah, sampai lg kita ke hari jumaat yg penuh keberkatan. lets start with event happened last weekend ek..

Mini Gathering batch 97/98 Mrsm Balik Pulau 2005..
Alhamdullilah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat kurnianya, program gathering berlangsung dengan lancar. Thanks to all participants yg hadir, mmg amatlah dihargai kedatangan korang. dlm 24 ex mrsm yg hadir dah InsyaAllah all of us had a great time together. kalau ader sedikit kekurangan tu, sy bg pihak yg menganjur memohon seribu kemaafan dan kami akan jadikan sebagai iktibar dan panduan utk program program akan dtg. special thanks to hazwan, moke, wong, syed mahathir, sab, shima n raiza dan semua yg meng-support yg menyumbang kepada keperluan awal program gathering. to mar as well, tolong jd pandu arah masa site survey sebelum tu :P..anyway it is really nice to see all of u back again after we have been separated for a couple of years in order to fulfill our commitment on study and career..InsyaAllah kita akan keep on in contact each other in future k...

This week...
hurmm, not many interesting things happened, cuma my pc kene struck by lightning, habis gak la dlm 40 ringgit ganti power supply yg dah 'pengsan' tu.. tp sibbaik just power supply je. anyway seronok gak dpt bukak pc tu, rasa cam 'operate' pc tu pulak. atleast dpt pengalaman kan..practical leads to perfectness kan

mlm ni...
malam ni aku akan join bebudak telekom lain ke pulau kapas. Program under faiez ni tujuan utama nak gi candat sotong kat sana...ader ke sotong ni?? tah la. tp bunyik cam best je..aku tak penah gi sana..candat sotong suma ni....anyway, nnt aku story dlm blog ok..

see you in next blog.. salamz

Friday, April 22, 2005


just a little memory with my best buddy Posted by Hello

Maulidur Rasul

Bismillah..
Selawat dan Salam kepada Rasullullah SAW, sesungguhnya maulidur rasul yg dipahatkan pada kalendar bertarikh hari ini mengingatkan kami tentang pengorbanan Rasullullah, yg telah menyampaikan serta menyelamatkan kami dari terkecuali dalam merasai nikmat agama Islam. Setinggi pujian dan kesyukuran kepada Allah yang telah menggolongkan kami di dalam golongan yg menerima hidayah Islam dan kami memohon kepada Allah agar ditetapkan hati hati kami agar tidak tersesat dari jalan Islam dan diselamatkan kami dari seksaan api neraka.

Petang tadi..
tak banyak yg aku buat, cuma lepas zuhur aku terus ke One utama..sbb dah janji nak main bowling ngan arip, funzool n azmi..ingat nak lepas tension dgn main bowling....rupenya tambah tension sbb asyik aku je dpt last..kui kui kui...nak wat camana kan..dah mmg tak reti main..tangan bangku...:P
then lepas tu aku terus ke mid valley, sbb dah janji ngan hazwan, syed mahathir dan mok......nak diskus tuk mini gathering batch 9798 bp di sg chongkak, ahad ni...Alhamdullilah...sibbaik ada depa ni suma.....nampak terurus skit perjalanan program tu....kalo tak sbelum ni ..mmg rasa cam tak sedap ati ja....cam tak menjadi jee program tu...tp InsyaAllah, dengan izin Allah, kita akan teruskan.

Sekarang ni...
aku takder wat apa, masuk online, check emel, takder yg menarik...baca blog shima...pun tak update..sbb dier outstation di penang...then bukak blog akmar...pun cam lama tak update...cuma ader plak terselit nama aku kat sana..heh..baru perasan...thanks akmar...tu je kut tuk mlm ni...jumpa di blog akan dtg..:D

Sunday, April 17, 2005

Saturday, April 16, 2005

the day comes and go without giving us clues on what kind of the next day coming a head

bismillah...
hey, we meet again..on this blog issue, i just wanted to quote few moments which came across to my line of life, colouring it, impacting meanings to it..well...that is the reality of life..

yup....couldnt' lie to myself, yes.. i did receive someone fr JB last week. this 'someone' is my online mate and that was the first time i met this 'someone'. ahah... seems i couldnt stop hiding the truth of this 'someone'. Yes.. this someone is 'she'. and yup, we had a great moment last week...

before that, few wedding ceremonies of my pals were held within the last couple of weeks. the first is my mmu mate which is also my international project mate to SA, Beijing and middle east. Raftawati has ended her journey as YL with her beloved husband, najib. Then, the following day is my school mate big day, hanaffi, whom ended his bachelor life with sofia, his univ mate. all of the pics on the lovely days can be viewed through my fotopages at http://stamos32.fotopages.com. To both of my friends, May ur relationship remains endlessly and selamat pengantin baru.

Next week is scheduled to be our ex mrsmbp 9798 mini gathering. the date is on 24th April 2005. until now i hv received 13 confirmation fr the old buddies and the numbers shall increase towards the day. i just hope it will become one meaningful for us, and lets take this opportunity to us restore and prolong our relationships which we hv built before.

well, till next blog issue..see ya

Friday, April 01, 2005

2nd April 2005, 2nd quaters of 2005

Bismillah..
Alhamdulillah, it is 2nd of April which means we hv entered the 2nd quater of the year 2005. Thanks to Allah Who gives us the opportunity to live in this such beautiful lives, in a peacefully situation ..still:)

First and foremost, let us just think back of what hv all of us experienced for the past month...

last week, we were surprised by another earthquake which had struck Pulau nias, Indonesia, which also gave a bit shaky for some parts in our Peninsular. well, i did not realised the quake when it occured, but from my friends, especially those who accomodate tall buildings, the shaking was quite strong. strong enough to give cracks for certain buildings. The quake did triggered panic moment among the civillians as we hv less experience in this situation. Moreover the 8.2 scale richter quake reminded us on the tragedy of tsunami, which is still haunting our feelings especially for those who live near beaches. We as Muslims need to believe that the disaster is one more test from The Almighty, intentionally as a reminder to us, to strengthen our faith to Allah. We also would like to express our deep sorrow to our relatives in Pulau nias and pray for them.

Due to the recent disaster, i am now thinking of re-organize my class reunion at pangkor as situation is not convincing enough. My stand is we need to think on safety first as pangkor is described to be high risk of being struck by the tidal waves if happen the earthquake occur again. Specialists predict there are high possibilities of another strong earthquake, due to the movements of earth plate for stabilization after the major earthquake on 26th Dis. I am thinking to rearrange for the venue at somewhere else, may be in KL for the last options. InsyaAllah, i tried my best not to cancel at all.

its almost 3 am, i just need to get enough sleep as tomorrow ill be travelling to malacca...again.
well, this time for raftawatie's wedding ceremony. Rafta is my mate in MMU, and we worked as a team for the 3 international visits. i still remember those memorable days working with her together with all the delegation members. I wish her Selamat Pengantin Baru, and pray for her happiness.

on sunday pulak, will be another wedding ceremony. This time, my old friend, classmate at Balik Pulau..Hanaffi getting his first step as husband. let me story of him later on next blog issue ok..

Friday, March 11, 2005


hobby terbaru aku - ham radio (antenna di atas mobil) Posted by Hello

MArch 2005

Bismillah...
humm...bertemu kali ni dlm bulan mac...2005, lama dah tak update blog...sampai terlupa yg aku ader blog...sib baik ader org ingatkan...

ape aku nak citer kali ni ek.. aha, skit upcoming event yg aku nak buat.....aku tengah aturkan gathering klass 5D batch 1998, MRSM Balik Pulau. tarikh dalam 23/4 - 24/4/2005, venue InsyaAllah di Palma Beach Resort, Pangkor Island. aku bukan apa, idea ni pun timbul masa dinner ngan apis kat KLCC..to be frank la kan...bebudak kelas aku ni mmg boleh kata lost in action lepas abis SPM haritu....nak cari dlm friendster pun susah...so this kind of my effort n few more in bringing back all together...sure banyak yg nak diciterkan oleh suma kan kan kan....

lagi....ader sorang lagi dak MMU, (sekarang dak Telekom) yg nak kawen hujung minggu ni....Syawallina...aku pun tak berapa rapat sangat ngan dier tp kenal lah...InsyaAllah, akad nikah di Melaka, kalo tader aral nnt, bleh laa aku turun melaka sekali..

lain...hummm, sejak kebelakangan ni, aku sedar yg kawan memainkan peranan penting...dlm umur camni, dlm suma keje berseorangan kat kl, jauh dr family (kecuali aku la sbb duk ngan family).. kawan laa merupakan family terdekat.....tempat mengadu, berkongsi, melepaskan tekanan, mendapatkan ketenangan. Kadang - kadang kita marah sbb kawan kita tak dapat nak memenuhi kehendak kita, tp kita kene ingat yg kita juga merupakan kawan kepada org lain dan mungkin kita juga pernah tidak dpt memenuhi kehendak kawan kita tuu....basically...aku nak cakap...just enjoy this life, and appreciate it.......ok

lagi lagi lain...bulan mac ni cam bulan yg tak borin sgt laa...sbb banyak event berlaku kat mesia ni, antaranya F1, quater final UEFA Champs, 2nd round Explorace....dan lain lain.. aku pun cam dah terikut ikut ngan rentak event event tuu.....dulu takder laa amik tau pun mender mender ni....mungkin sbb skarang ni aku banyak masa sbb keje pun tak tentu masa ..:P. antara buktinya...aku stay kul 3.30pg tengok chelsea vs Barcelona, aku tak miss explorace tiap kamis 9.30 mlm dan aku amik tau pasal team BAR honda, dengan driver diorang , jenson button dan takuma suto..(betul ke eje ni)...

humm...jam pun nak dekat kul 2 ni...sok aku keje....so aku nak masuk tido dulu ....
p/s : shima, aku dah bersihkan sawang kat blog nii...:P

Saturday, February 12, 2005

Hari sedih buat diriku..

Bismillah...

Empat beradik maut kereta rempuh pokok
Oleh: JAMDI NASIR
IPOH 11 Feb. - Empat beradik maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 9.1 Lebuh Raya Timur-Barat di Gerik, kira-kira pukul 1 tengah hari ini.
Mangsa yang terbunuh ialah Intan Mazuin Mohd. Imran, 26; Intan Mazmin, 25; Intan Shafanin Hani, 22, dan Intan Shafinaz, 20.
Kesemua mereka adalah anak kepada Pegawai Memerintah KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia, Kapten Mohd. Imran Abd. Hamid yang berpangkalan di Lumut.
Ketua Polis Daerah Hulu Perak, Supritendan Mahad Noor Abdullah berkata, kejadian berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Setiawan dengan menaiki kereta.
Menurut beliau, keempat-empat mangsa menaiki sebuah kereta yang mengekori kereta bapa mereka tetapi tiba-tiba terbabas ke kanan jalan dan melanggar sebatang pokok. -----------
Petikan Akhbar Utusan M'sia, 3 Muharram 1426 Hijrah


Sememangnya petikan akhbar di atas memberi erti yg mendalam tuk' aku. 4 beradik yg dimaksudkan merupakan kekanda serta adinda kepada salah seorang sahabat aku yg lama aku kenal sejak alpha MMU. Intan Maslin merupakan sahabat yg sentiasa ceria serta happy go lucky. Mmg senang berkawan dengannya. Kitaorang selalu gak berhubung thru YM, sms..n penah menuntun muvie, teater sekali dengan kawan kawan yg lain, lepak di Rasta. Musibah yg melanda keluarganya mmg pedih malah aku sendiri merasakan kepedihan yg dihadapi. Aku mendoakan agar Allahyarham berempat dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan penghuni syurga Allah. Kepada keluarga Intan Maslin, diharapkan dapat bersabar menghadapi ujian Allah ini. Kepada pembaca blog ini, diharap sudilah kiranya menyedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham berempat. -AlFatihah-

Monday, January 24, 2005

Atas nama Cinta

Keputusan AS untuk meneruskan cadangan tindakan ketenteraan terhadap Iran dengan alasan negara itu menggunakan teknologi nuklear untuk pembinaan senjata senjata terlarang adalah sebenarnya sesuatu yg telah diduga sejak pencerobohan Iraq 2 tahun lalu. Majoriti wakil-wakil dunia, yang menentang tindakan AS dan sekutunya, hanya mampu bersuara di pentas PBB sahaja. Negara negara Islam yg bernaung dibawah OIC hanya mampu meluluskan usul mengutuk sahaja. Kenapa hanya usul mengutuk?? kenapa OIC atau PBB tak luluskan usul sekatan perdagangan terhadap AS?? kalau diikutkan sekatan perdagangan sebenarnya mampu mengajar AS mengubah sikap sombongnya. Negara negara pengeluar minyak yg kebanyakannya negara Islam, kalau bergabung sekat perdagangan minyak ke AS mampu menimbulkan krisis tenaga terhadap negara itu. Tapi itulah hakikatnya, ketua ketua negara Islam bukanlah kejam kerana mendiamkan diri, tetapi mereka menjaga periuk nasi negara masing masing memandangkan AS rakan niaga terbesar bagi kebanyakan negara. Bagi ketua ketua negara ini, lebih baik mengutamakan keharmonian negara masing masing sebelum menjaga keharmonian negara org. Disebabkan inilah negara negara Islam sering gagal mencapai kata sepakat dan dan disinilah peranan OIC seringkali dipersendakan.

Bekas PM, tuk dat pernah cakap, kita kalau niat berjihad kene tengok keupayaan kita.. kalau difikirkan mmg Bismillah..
Iran merupakan sebuah negara Islam yg dikenali sebagai Republik Islam Iran. walaupun hampir 90 peratus penduduknya berfahaman syiah, namun mereka masih bernaung dibawah kalimah Syahadah, memperakui Allah, Tuhan yg maha Esa dan Rasullullah Pesuruh Allah. Team Exantra2003 telah berkunjung ke Iran 7/7/2003 hingga 21/7/2003 dan berpeluang menyaksikan sendiri kehidupan masyarakat disana. Iran yg sebelum ini dibawah pemerintahan shah Iran amat rapat dengan US, terutama bila perang di Iraq-Iran meletus. Shah Iran walaubagaimanapun digulingkan berikutan revolusi Islam yg melanda pada 90 an. Sejak dr itu, hubungan Iran dengan AS menjadi tegang. AS nampaknya tidak boleh duduk diam melihatkan Iran yg mampu bergerak maju meniti teknologi nuklear. Iran sebenarnya mempunyai hubungan baik dengan negara Russia dan hubungan baik ini memberi laluan kepada pemindahan teknologi terutama teknologi nuklear. Pemindahan teknologi ini melahirkan golongan cendiakawan di kalangan rakyat Iran seterusnya mampu mengembalikan semula zaman kegemilangan umat Islam suatu masa dahulu. ada betulnya cakap tuk dat, sbb kalo kita berperang tp tak prepare umpama bunuh diri. Preparation yg sebenar ialah ilmu. Sedar atau tidak, Ilmu merupakan senjata paling berkesan, sudah lama barat ambil kesempatan dr umat Islam yg kurang berilmu. Akhir kata, marilah sama sama kita perbanyakan ilmu di dada, bagi menjadikan ia satu senjata yg mampu melindungi kita dr serangan anasir jahat yg menentang Islam. Wallahualam

Thursday, January 13, 2005


gathering geng dinner di tmn warisan pertanian, putrajaya - dr kiri, Bu, munzir, ramzee, amin, munzir tubbies, hilmi, waks, aku, kawan maz, n maz Posted by Hello

meneruskan langkah

Bismillah..
2nd blog stuffs dlm thn baru ni..heh, humm few updates laa dlm seminggu ni kan....

last saturday just had my owned 'unofficial organized geng dinner gathering'.. humm...kepada sesiapa yg tak tahu..geng dinner ni sebenarnya geng hostel yg slalu turun dinner sekalik masa belajar kat mmu dulu....kitaorang ni mmg laa rapat cam adeks beradeks, atoks ngan cucus, bapaks ngan anaks pakwes n makwes...oppsss...:D.
gathering was held at tmn warisan pertanian, putrajaya...main menu satey kajang.....tp ader gak yg tak makan satey...cam Maz....tp dier tak kisah....sbb dier lg kisahkan pasal lesung pipit dier yg baru tumbuh tu..:P
to all members yg datang...korang mmg best sbb menyokong usaha usaha menyatu balikkan geng kiter.....kepada yg tak dapat nak join pulak..bukanlah tak menyokong kan cuma banyak hal hal yg tak dapat dielakkan,...perkara biasa terutama biler dah lama tak jumpa camni....tp apapun all the best to us....hopefully kita bleh ber gather balik in future...

during weekdays pulak...aku gi melaka rabu baru ni.....tujuan nak amik signature lecturer n ita tuk jd referees...bg program MBA...yeah....aku mmg teringin sgt nak amik MBA ni...aku rasa cam dunia pekerjaan sekarang niii....perlu ader ilmu ilmu perniagaan ...sbb ngan ilmu ilmu ni la kita dapat menyumbang kepada perkembangan syarikat. Ramai gak yg tanya, ngapa aku tak nak sambung dlm field engineering jugak. humm jawapan aku..aku dah banyak bertanya org org yg berpengalaman kat office aku yg lama cam GM, n my partner Mr Jasri...from the conversation, aku bley conclude, yg superiors di telekom ni banyak tengok kepada experiences. In fact bg aku kalo amik masters in engineering, which of course requires us to focus on one type of research or etc, it doesnt help u much in telekom..sbb dlm telekom or mana mana company pun, staff should be multifunctioning. prior on that, aku rasa dengan degree dlm enginering field dan MBA bole membantu menjadikan aku seorang yg multifunctioning. well...it is just my humble opinion after considering few thoughts from those experts. tp apapun masters samada dlm engineering ke, MBA or anything....semuanya sama....n master programme tu sendiri cam supplement effort dr kita saja.....buat masa sekarang ni...degree sudah memadai..kalo kita tak sambung study pun ok, tp kalo kita sambung pulak better....sbb atleast kita sahut seruan Rasullullah... tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad....hummm..

last but not least....(aku pun dah ngantuk nii).....aku harap 2005 ni menjanjikan usaha yg tidak sia sia serta permulaan hidup berdikari tuk aku.....n to achieve that hope..aku rasa kawan kawan laa aset yg penting yg boleh membantu...tanpa kawan kita akan alami kesusahan...yg penting , kene jaga hati kawan kan....heh...jumpa di blog akan dtg..

Tuesday, January 04, 2005


dr kiri ..aku, guess funzool n andy - baru jee berendam...nak berenang tak bley...air paras lutut jee..wakakak Posted by Hello

Ketika berkelah di Air Terjun Gabai - dr kiri..aku, guess, andy, shima, mar Posted by Hello

blog pertama tahun 2005

Bismillah..
lama jugak tak update diary nii....hampir sebulan jugak la...sbb ape ek?? ohho sibuk wat monthly report kut.....hehehe (ade je alasan ek). anyway sepanjang hampir sebulan ni...banyak peristiwe penting dlm sejarah hidup aku n sejarah hidup kawan kawan aku yg lain..huhh..camna je nak citer sume dlm, sessi blog kali ni??? takpe takper.....aku buat part by part la...

part pertama aku nak citer pasal kesedihan.. cakap pasal kesedihan ni tak lain tak bukan ialah peristiwa tsunami yg melanda negara negara asean baru baru ni. yg lagik sedih tu, masa kejadian tu berlaku.....aku tengah menonton kung fu hustle ngan kengkawan telekom aku di sunway....perghh kalo la kejadian tu tempiasnya sampai ke sunway....erk..

tp apapun aku tumpang bersimpati ngan mangsa mangsa tsunami.....yang ayah kehilangan isteri dan anak anak, yg isteri kehilangan suami dan anak anak, yg paling sedih, anak anak kehilangan ibu dan ayah.. tempat mereka bergantung selama ini. baru je aku baca dlm utusan...di acheh...35 000 anak anak dah bergelar yatim piatu..isk....di malaysia pun tak kurang hebatnya....seorang ayah kehilanganan 5 ahli keluaga sekali gus.... penduduk persisiran pantai kuala muda dan pantai pantai di penang serta langkawi tinggal sehelai sepinggang selepas harta bende di rampas gelombang raksaksa...hummm...apapun bile terjadi musibah macam ni, kita sebagai hamba yg kerdil yg tak mempunyai kuasa utk menghalang terjadinya sesuatu yg tersurat.....hendaklah kita kembali kepada Allah..hendaklah kita memupuk keyakinan di dalam hati kita bahawa setiap yg Allah turunkan itu mempunyai rahmat dan kebaikannya tersendiri....mungkin inilah salah satu peringatan Allah terhadap hamba hamba nya agar sentiasa tidak leka ngan kehidupan sekarang yg jelas menampakkan keruntuhan akhlak yg serius...kita yg terselamat dr musibah ombak besar itu hendaklah menginsafi diri sendiri.....kita sendiri dah saksikan....maut itu benar dan ianya datang tanpa mengira waktu dan apabila ia datang ia tidak akan lewat sesaat pun .....wallahualam

kemasukan ke tahun baru hari tu, merupakan satu sejarah apabile tidak disambut secara biasa seperti tahun tahun sudah...Tindakan Pak Lah membatalkan semua sambutan tahun baru dilihat sebagai bertepatan. banyak kebaikan dilihat drpd pembatalan sambutan tersebut walaupun pembatalan bertujuan menghormati mangsa mangsa yg terlibat dlm malapetaka ombak besar 26/12/2004 hari tu. Antara kebaikan yg dapat dilihat, kekurangan jumlah jenayah yg berlaku seperti malam tahun baru sebelum ini, ibu bapa tidak perlu risau ngan anak anak, berjuta ringgit dapat diselamatkan drpd lebur 'dibakar' bunga api dan mercun, malah wang tersebut disalurkan kepada tabung bantuan tsunami..walaupun ader jugak 'mangkuk mangkuk' yg meneruskan sambutan tahun baru teruatama di pub dan bar...tp jumlah nya adalah kecil.....

humm.....oke, sedikit citer pasal aktiviti last week.. masa 1/1/2005, kitaorang ke air terjun Gabai di hulu langat..berkelah hehehe....antara yg join, funzool, andy, shima, mar n guess...best jugakla time tu....walaupun air takat betis jee...hehehe tp sbb dapat kumpul camtu mmg saat yg menggembirakan lah org cakap tu...lepas drpd berkelah tu ..sempat pulak kitaorang berenti di gerai durian...pekene durian skit...heh...kesian guess....tak makan durian....tak apala...pulasan pun bleh ganti :))......

oke...aha shima...aku dah update nii..bile nak banjer???...hehe...ws