Monday, January 24, 2005

Atas nama Cinta

Keputusan AS untuk meneruskan cadangan tindakan ketenteraan terhadap Iran dengan alasan negara itu menggunakan teknologi nuklear untuk pembinaan senjata senjata terlarang adalah sebenarnya sesuatu yg telah diduga sejak pencerobohan Iraq 2 tahun lalu. Majoriti wakil-wakil dunia, yang menentang tindakan AS dan sekutunya, hanya mampu bersuara di pentas PBB sahaja. Negara negara Islam yg bernaung dibawah OIC hanya mampu meluluskan usul mengutuk sahaja. Kenapa hanya usul mengutuk?? kenapa OIC atau PBB tak luluskan usul sekatan perdagangan terhadap AS?? kalau diikutkan sekatan perdagangan sebenarnya mampu mengajar AS mengubah sikap sombongnya. Negara negara pengeluar minyak yg kebanyakannya negara Islam, kalau bergabung sekat perdagangan minyak ke AS mampu menimbulkan krisis tenaga terhadap negara itu. Tapi itulah hakikatnya, ketua ketua negara Islam bukanlah kejam kerana mendiamkan diri, tetapi mereka menjaga periuk nasi negara masing masing memandangkan AS rakan niaga terbesar bagi kebanyakan negara. Bagi ketua ketua negara ini, lebih baik mengutamakan keharmonian negara masing masing sebelum menjaga keharmonian negara org. Disebabkan inilah negara negara Islam sering gagal mencapai kata sepakat dan dan disinilah peranan OIC seringkali dipersendakan.

Bekas PM, tuk dat pernah cakap, kita kalau niat berjihad kene tengok keupayaan kita.. kalau difikirkan mmg Bismillah..
Iran merupakan sebuah negara Islam yg dikenali sebagai Republik Islam Iran. walaupun hampir 90 peratus penduduknya berfahaman syiah, namun mereka masih bernaung dibawah kalimah Syahadah, memperakui Allah, Tuhan yg maha Esa dan Rasullullah Pesuruh Allah. Team Exantra2003 telah berkunjung ke Iran 7/7/2003 hingga 21/7/2003 dan berpeluang menyaksikan sendiri kehidupan masyarakat disana. Iran yg sebelum ini dibawah pemerintahan shah Iran amat rapat dengan US, terutama bila perang di Iraq-Iran meletus. Shah Iran walaubagaimanapun digulingkan berikutan revolusi Islam yg melanda pada 90 an. Sejak dr itu, hubungan Iran dengan AS menjadi tegang. AS nampaknya tidak boleh duduk diam melihatkan Iran yg mampu bergerak maju meniti teknologi nuklear. Iran sebenarnya mempunyai hubungan baik dengan negara Russia dan hubungan baik ini memberi laluan kepada pemindahan teknologi terutama teknologi nuklear. Pemindahan teknologi ini melahirkan golongan cendiakawan di kalangan rakyat Iran seterusnya mampu mengembalikan semula zaman kegemilangan umat Islam suatu masa dahulu. ada betulnya cakap tuk dat, sbb kalo kita berperang tp tak prepare umpama bunuh diri. Preparation yg sebenar ialah ilmu. Sedar atau tidak, Ilmu merupakan senjata paling berkesan, sudah lama barat ambil kesempatan dr umat Islam yg kurang berilmu. Akhir kata, marilah sama sama kita perbanyakan ilmu di dada, bagi menjadikan ia satu senjata yg mampu melindungi kita dr serangan anasir jahat yg menentang Islam. Wallahualam

Thursday, January 13, 2005


gathering geng dinner di tmn warisan pertanian, putrajaya - dr kiri, Bu, munzir, ramzee, amin, munzir tubbies, hilmi, waks, aku, kawan maz, n maz Posted by Hello

meneruskan langkah

Bismillah..
2nd blog stuffs dlm thn baru ni..heh, humm few updates laa dlm seminggu ni kan....

last saturday just had my owned 'unofficial organized geng dinner gathering'.. humm...kepada sesiapa yg tak tahu..geng dinner ni sebenarnya geng hostel yg slalu turun dinner sekalik masa belajar kat mmu dulu....kitaorang ni mmg laa rapat cam adeks beradeks, atoks ngan cucus, bapaks ngan anaks pakwes n makwes...oppsss...:D.
gathering was held at tmn warisan pertanian, putrajaya...main menu satey kajang.....tp ader gak yg tak makan satey...cam Maz....tp dier tak kisah....sbb dier lg kisahkan pasal lesung pipit dier yg baru tumbuh tu..:P
to all members yg datang...korang mmg best sbb menyokong usaha usaha menyatu balikkan geng kiter.....kepada yg tak dapat nak join pulak..bukanlah tak menyokong kan cuma banyak hal hal yg tak dapat dielakkan,...perkara biasa terutama biler dah lama tak jumpa camni....tp apapun all the best to us....hopefully kita bleh ber gather balik in future...

during weekdays pulak...aku gi melaka rabu baru ni.....tujuan nak amik signature lecturer n ita tuk jd referees...bg program MBA...yeah....aku mmg teringin sgt nak amik MBA ni...aku rasa cam dunia pekerjaan sekarang niii....perlu ader ilmu ilmu perniagaan ...sbb ngan ilmu ilmu ni la kita dapat menyumbang kepada perkembangan syarikat. Ramai gak yg tanya, ngapa aku tak nak sambung dlm field engineering jugak. humm jawapan aku..aku dah banyak bertanya org org yg berpengalaman kat office aku yg lama cam GM, n my partner Mr Jasri...from the conversation, aku bley conclude, yg superiors di telekom ni banyak tengok kepada experiences. In fact bg aku kalo amik masters in engineering, which of course requires us to focus on one type of research or etc, it doesnt help u much in telekom..sbb dlm telekom or mana mana company pun, staff should be multifunctioning. prior on that, aku rasa dengan degree dlm enginering field dan MBA bole membantu menjadikan aku seorang yg multifunctioning. well...it is just my humble opinion after considering few thoughts from those experts. tp apapun masters samada dlm engineering ke, MBA or anything....semuanya sama....n master programme tu sendiri cam supplement effort dr kita saja.....buat masa sekarang ni...degree sudah memadai..kalo kita tak sambung study pun ok, tp kalo kita sambung pulak better....sbb atleast kita sahut seruan Rasullullah... tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad....hummm..

last but not least....(aku pun dah ngantuk nii).....aku harap 2005 ni menjanjikan usaha yg tidak sia sia serta permulaan hidup berdikari tuk aku.....n to achieve that hope..aku rasa kawan kawan laa aset yg penting yg boleh membantu...tanpa kawan kita akan alami kesusahan...yg penting , kene jaga hati kawan kan....heh...jumpa di blog akan dtg..

Tuesday, January 04, 2005


dr kiri ..aku, guess funzool n andy - baru jee berendam...nak berenang tak bley...air paras lutut jee..wakakak Posted by Hello

Ketika berkelah di Air Terjun Gabai - dr kiri..aku, guess, andy, shima, mar Posted by Hello

blog pertama tahun 2005

Bismillah..
lama jugak tak update diary nii....hampir sebulan jugak la...sbb ape ek?? ohho sibuk wat monthly report kut.....hehehe (ade je alasan ek). anyway sepanjang hampir sebulan ni...banyak peristiwe penting dlm sejarah hidup aku n sejarah hidup kawan kawan aku yg lain..huhh..camna je nak citer sume dlm, sessi blog kali ni??? takpe takper.....aku buat part by part la...

part pertama aku nak citer pasal kesedihan.. cakap pasal kesedihan ni tak lain tak bukan ialah peristiwa tsunami yg melanda negara negara asean baru baru ni. yg lagik sedih tu, masa kejadian tu berlaku.....aku tengah menonton kung fu hustle ngan kengkawan telekom aku di sunway....perghh kalo la kejadian tu tempiasnya sampai ke sunway....erk..

tp apapun aku tumpang bersimpati ngan mangsa mangsa tsunami.....yang ayah kehilangan isteri dan anak anak, yg isteri kehilangan suami dan anak anak, yg paling sedih, anak anak kehilangan ibu dan ayah.. tempat mereka bergantung selama ini. baru je aku baca dlm utusan...di acheh...35 000 anak anak dah bergelar yatim piatu..isk....di malaysia pun tak kurang hebatnya....seorang ayah kehilanganan 5 ahli keluaga sekali gus.... penduduk persisiran pantai kuala muda dan pantai pantai di penang serta langkawi tinggal sehelai sepinggang selepas harta bende di rampas gelombang raksaksa...hummm...apapun bile terjadi musibah macam ni, kita sebagai hamba yg kerdil yg tak mempunyai kuasa utk menghalang terjadinya sesuatu yg tersurat.....hendaklah kita kembali kepada Allah..hendaklah kita memupuk keyakinan di dalam hati kita bahawa setiap yg Allah turunkan itu mempunyai rahmat dan kebaikannya tersendiri....mungkin inilah salah satu peringatan Allah terhadap hamba hamba nya agar sentiasa tidak leka ngan kehidupan sekarang yg jelas menampakkan keruntuhan akhlak yg serius...kita yg terselamat dr musibah ombak besar itu hendaklah menginsafi diri sendiri.....kita sendiri dah saksikan....maut itu benar dan ianya datang tanpa mengira waktu dan apabila ia datang ia tidak akan lewat sesaat pun .....wallahualam

kemasukan ke tahun baru hari tu, merupakan satu sejarah apabile tidak disambut secara biasa seperti tahun tahun sudah...Tindakan Pak Lah membatalkan semua sambutan tahun baru dilihat sebagai bertepatan. banyak kebaikan dilihat drpd pembatalan sambutan tersebut walaupun pembatalan bertujuan menghormati mangsa mangsa yg terlibat dlm malapetaka ombak besar 26/12/2004 hari tu. Antara kebaikan yg dapat dilihat, kekurangan jumlah jenayah yg berlaku seperti malam tahun baru sebelum ini, ibu bapa tidak perlu risau ngan anak anak, berjuta ringgit dapat diselamatkan drpd lebur 'dibakar' bunga api dan mercun, malah wang tersebut disalurkan kepada tabung bantuan tsunami..walaupun ader jugak 'mangkuk mangkuk' yg meneruskan sambutan tahun baru teruatama di pub dan bar...tp jumlah nya adalah kecil.....

humm.....oke, sedikit citer pasal aktiviti last week.. masa 1/1/2005, kitaorang ke air terjun Gabai di hulu langat..berkelah hehehe....antara yg join, funzool, andy, shima, mar n guess...best jugakla time tu....walaupun air takat betis jee...hehehe tp sbb dapat kumpul camtu mmg saat yg menggembirakan lah org cakap tu...lepas drpd berkelah tu ..sempat pulak kitaorang berenti di gerai durian...pekene durian skit...heh...kesian guess....tak makan durian....tak apala...pulasan pun bleh ganti :))......

oke...aha shima...aku dah update nii..bile nak banjer???...hehe...ws