Saturday, February 12, 2005

Hari sedih buat diriku..

Bismillah...

Empat beradik maut kereta rempuh pokok
Oleh: JAMDI NASIR
IPOH 11 Feb. - Empat beradik maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 9.1 Lebuh Raya Timur-Barat di Gerik, kira-kira pukul 1 tengah hari ini.
Mangsa yang terbunuh ialah Intan Mazuin Mohd. Imran, 26; Intan Mazmin, 25; Intan Shafanin Hani, 22, dan Intan Shafinaz, 20.
Kesemua mereka adalah anak kepada Pegawai Memerintah KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia, Kapten Mohd. Imran Abd. Hamid yang berpangkalan di Lumut.
Ketua Polis Daerah Hulu Perak, Supritendan Mahad Noor Abdullah berkata, kejadian berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Setiawan dengan menaiki kereta.
Menurut beliau, keempat-empat mangsa menaiki sebuah kereta yang mengekori kereta bapa mereka tetapi tiba-tiba terbabas ke kanan jalan dan melanggar sebatang pokok. -----------
Petikan Akhbar Utusan M'sia, 3 Muharram 1426 Hijrah


Sememangnya petikan akhbar di atas memberi erti yg mendalam tuk' aku. 4 beradik yg dimaksudkan merupakan kekanda serta adinda kepada salah seorang sahabat aku yg lama aku kenal sejak alpha MMU. Intan Maslin merupakan sahabat yg sentiasa ceria serta happy go lucky. Mmg senang berkawan dengannya. Kitaorang selalu gak berhubung thru YM, sms..n penah menuntun muvie, teater sekali dengan kawan kawan yg lain, lepak di Rasta. Musibah yg melanda keluarganya mmg pedih malah aku sendiri merasakan kepedihan yg dihadapi. Aku mendoakan agar Allahyarham berempat dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan penghuni syurga Allah. Kepada keluarga Intan Maslin, diharapkan dapat bersabar menghadapi ujian Allah ini. Kepada pembaca blog ini, diharap sudilah kiranya menyedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham berempat. -AlFatihah-