Thursday, May 26, 2005


WiSE with Lenso GTR 7 X16 100 H/SILVER  Posted by Hello

Thursday, May 19, 2005

Fuel efficiency, economical plans

sorry sbb lama tak update....bukan apa, cuma takder apa yg menarik sgt yg best...sejak balik pulau kapas haritu..ni ada skit lah ek

Mlm ni, aku dapat info, bebudak exantra - vietnam akan berlepas ke sana, jam 8 pagi ni. Mereka akan menjelajah vietnam, memperluas permandangan dan pengalaman berguna di negeri org. Tahniah buat pasukan yg telah meneruskan tradisi program antarabangsa PBMKM. Utk pengetahuan, program antarabangsa bukanlah sebuah program yg mudah. Bajetnya saja boleh mencapai puluhan, malah ratusan ribu ringgit. Tekanan kerja, pembahagian masa dengan study lg mmg mencabar. malah bole dikatakan, peserta yg terpilih pada awal program dan akhir program sehingga tiba waktu perlepasan akan ada perubahan. Adakalanya tekanan psikologi seperti perang psikologi oleh pihak pihak yg tidak bertanggungjawab menambah lg tekanan ahli ahli pasukan. namun saat paling manis bagi ahli pasukan ialah pada ketika menjejakkan kaki ke perut boeing atau airbus pada waktu perlepasan yg sekaligus memberi kepuasan diatas segala rintangan yg telah dihadapi sebelum ni. Kepada team exantra-vietnam, diucapkan selamat jalan dan menjaga nama baik diri sendiri, persatuan, MMU, dan negara khasnya.
p/s - Yg berbahagia Tun canselor pernah memberi galakan utk pelajar malaysia agar menjelajah negara org bagi menimba pengalaman dan ilmu berguna..

Petang td, lepas balik dr Internal Meeting GNOC, aku singgah di kedai RIm Lenso. kedai tu baru je bukak, cawangan di Tmn Tun. Yup, cadang nak tukar rim kete. Bukan aku saja saja nak buang duit tuka rim ni, cuma abah aku advise, Rim kete aku sekarang ni berat, so dier affect fuel efficiency. Wira SE ni utk pengetahuan dier pakai RIM JRD size 16. kalo ikut advise kedai lenso tu, mmg dier kata rim jenis ni malaysian made dan mmg berat. so dier recommend aku tukar ke light aloy, size sama. memula aku nak tukar ke 15 inch, nampak cam jd lg ringan. tp org kedai tu kata kalo tukar 15 inch, aku kene tukar tayar sekali which cost me more lah..org tu explain, tayar lifespan sebenarnya leh capai 40000 km and tayar kene rotate at least lepas 14 km. hurmm...so kalo aku stay ke 16 inch, aku tak perlu tukar tayar. then cost light aloy tu 1900 tuk 4 bijik...perghh mahal seyy....then dier recommend aku trade in rim lama tu. memula dier estimate aku leh dpt 300 tuk 4 rim lama tu. then lepas mintak dier consider balik, dier kata bleh bg 400, dengan syarat rim tu ok dan tak kemek. humm...bila kira balik, kos tukar rim ni jd 1600 lebey. cost tu campur nutlock, cool valve dan wheel alignment. apapun aku kata nak pikir dulu, tanya org expert yg lain sebelum buat keputusan. kalo korang expert bab bab ni, inform aku ek.

By 20th ni, warga tm akan mula dpt bonus. aku?? aku tak sure dpt ke idak, biasalah, budak budak baru ni susah skit justifikasi dier...so berserah jela. Tp kalo dapat, Alhamdullilah, aku pun dah ade plan dlm kepala aku ni...nak tuka rim yg 1600 lebey tu , n nak wat bayo first payment M eng. Aha, pasal master ni, i just got the news last week, tu pun, aku yg call, nak tunggu diorang antar surat ke mmg lambat sgt. InsyaAllah, aku akan sambung dlm M eng di UM nnt. Dengar intake bulan July nnt. so banyak kene prepare sekarang ni.

alrite.. guess thats all for now, folks.. jumpa di lain posting ok .. cya

Thursday, May 05, 2005


baru sampai terus bergambar.. Posted by Hello

berehat di samping chalet - lair, zila, aku, adios, rosli, shida (berdiri), cam Posted by Hello

Best vacation ever kut

Salamz..
its 05/05/05...heh, nice date isnt' it?

ok, straight to the story of the latest event, best vacation ever kut....Pulau Kapas 2005 (30/4/2005 - 2/5/2005)

29/4/2005 - jam 11 malam, dlm 4 kereta bertolak dr Stesen LRT putra, Gombak. Lagi 2 kereta pulak janji jumpa di hentian temerloh. Sepatutnya bertolak kul 9.30 mlm, tp biasa laa mmg dah dijangka akan jadi macam macam. so team hanya dpt bergerak jam 11 mlm. first stop point di temerloh, solat isya n makan bg yg belum makan. jam masa tu pukul 1 pg. Then terus ke Dungun. Perjalanan amik masa dlm 2 jam setengah sehingga tiga jam, dlm time ni macam macam gaya driving ade...ada kete yg dah nak ketepi laa, kete tertinggal kat belakang la. ni suma sbb ngantuk n keletihan....aku sendirik skit lg kemalangan, sbb tak perasan ade kerete tetiba masuk dr simpang stesen minyak, time tu aku tengah dlm 120 km/j, sib baik co pilot proactive. kita berenti di dungun tuk amik sorg pessenger, zeerraf di dungun then trus ke rumah cam di kt.

30/04/2005 - sampai umah cam dlm subuh. sibbaik family cam provide suma ...tempat berehat, sarapan pg, kat kitaorg yg ader dah terbongkang dan ader yg wat cam umah sendirik :D. Dlm jam 9.00 pg kita bertolak ke jeti marang tuk ke pulau kapas. bot mmg best la sbb bot laju... Sampai pulau kapas dlm kul 11 pg. Ingatkan lepas check in tu nak tido. sekali tak bole tido sbb electric tak ada. kat pulau ni mmg grid tnb tak masuk so diorang pakai generator berkuasa diesel. Tuk penjimatan, generator dihidupkan dr 6.30pm - 7.30am sahaja.

bila 6.30pm je, agenda utama kami pun bermula, iaitu mencandat sotong, memula suma excited sbb baru first time dlm hidup kan. tp dah tengah tengah tu...ramai gak laa yg anggap the worst nightmare in life. :D mana tak nya, ramai yg mabuk laut..kita bertolak naik bot nelayan. then bot tu berhenti di tengah lautan luas. masa tu laut bergelora jugak la. ramai dah start nak mabuk. so masa tu suma akan campak candat tu ke dasar laut. candat ni rupanya macam mata kail bercabang. program candat ni kita expected sampai 4 pagi...tp kul 10 - 11 mlm ramai dah ajak balik sbb tak tahan. ramai dah menyumbang muntah diorang ke laut hehe...aku pun jugak laa :D..aha tu laa, baru kitaorang tau...camtu laa kehidupan nelayan sebenar...besar betul pengorbanan nelayan ni kann..mlm tu hampir 20 sotong gak laa kita dpt. tu sebenarnya kira skit...kata nelayan berpengalaman kat sana, kalo tunggu sampai pg, bleh dpt sebaldi

01/05/2005 - bangun pagi ni, ramai yg segar bugar lepas mabuk laut mlm td. then kita proceed ngan activity berkayak, berkayak beramai ni mmg best, berlumba la, berlanggar sesama sendiri laa.....pastu kita ramai ramai singgah kat pulau berhampiran tuk berehat dan bergambar. then petang pulak, aku n beberapa org gi snorkling. my first time laa tuk activiti ni. masa start masuk laut dlm tuu...mmg cuak, aku tengok bebudak lain masuk yg pompuan rilek je...heh...malu pulak tengok pompuan lg berani.....tp pas setengah jam macam tu, rasa dan makin berani, kira dah dpt biasakan diri la...dasar laut mmg cantik, dengan coral yg lawa, ikan yg colorful...n ikan nemo (clown fish) yg femes tu mmg tumpuan lah..itulah antara kecantikan dunia ciptaan Allah yg belum diusik tangan tangan manusia lg kan..Subhanallah... balik dr snorkling, kita berehat..n malam tu kita bakar sotong yg kita tangkap semalam.

02/05/2005 - pagi ni kita main volley ball pantai dan mandi laut puas puas sblm balik. balik cam biasa, naik bot laju. time tu best gak sbb bot kitaorang sebelah menyebelah...cam berlumba je..then sampai di KT, kita makan tengahari di umah adios...then shopping skit sebelum bertolak balik ke kl. masa time balik best skit sbb ader zila yg mmg nampak hepi jee sepanjang jln..walaupun menguap banyak kali gak laa.:D Alhamdullilah sampai kl dlm jam 11 mlm.

Percutian ni mmg best, thanks n tahniah to faiez n rakan penganjur yg lain, yg organize secara teratur. InsyaAllah, there will be another vacation coming up next.....thanks to all participant, all of u hv created another valuable memory to us. c ya in the next issue k