Thursday, May 05, 2005

Best vacation ever kut

Salamz..
its 05/05/05...heh, nice date isnt' it?

ok, straight to the story of the latest event, best vacation ever kut....Pulau Kapas 2005 (30/4/2005 - 2/5/2005)

29/4/2005 - jam 11 malam, dlm 4 kereta bertolak dr Stesen LRT putra, Gombak. Lagi 2 kereta pulak janji jumpa di hentian temerloh. Sepatutnya bertolak kul 9.30 mlm, tp biasa laa mmg dah dijangka akan jadi macam macam. so team hanya dpt bergerak jam 11 mlm. first stop point di temerloh, solat isya n makan bg yg belum makan. jam masa tu pukul 1 pg. Then terus ke Dungun. Perjalanan amik masa dlm 2 jam setengah sehingga tiga jam, dlm time ni macam macam gaya driving ade...ada kete yg dah nak ketepi laa, kete tertinggal kat belakang la. ni suma sbb ngantuk n keletihan....aku sendirik skit lg kemalangan, sbb tak perasan ade kerete tetiba masuk dr simpang stesen minyak, time tu aku tengah dlm 120 km/j, sib baik co pilot proactive. kita berenti di dungun tuk amik sorg pessenger, zeerraf di dungun then trus ke rumah cam di kt.

30/04/2005 - sampai umah cam dlm subuh. sibbaik family cam provide suma ...tempat berehat, sarapan pg, kat kitaorg yg ader dah terbongkang dan ader yg wat cam umah sendirik :D. Dlm jam 9.00 pg kita bertolak ke jeti marang tuk ke pulau kapas. bot mmg best la sbb bot laju... Sampai pulau kapas dlm kul 11 pg. Ingatkan lepas check in tu nak tido. sekali tak bole tido sbb electric tak ada. kat pulau ni mmg grid tnb tak masuk so diorang pakai generator berkuasa diesel. Tuk penjimatan, generator dihidupkan dr 6.30pm - 7.30am sahaja.

bila 6.30pm je, agenda utama kami pun bermula, iaitu mencandat sotong, memula suma excited sbb baru first time dlm hidup kan. tp dah tengah tengah tu...ramai gak laa yg anggap the worst nightmare in life. :D mana tak nya, ramai yg mabuk laut..kita bertolak naik bot nelayan. then bot tu berhenti di tengah lautan luas. masa tu laut bergelora jugak la. ramai dah start nak mabuk. so masa tu suma akan campak candat tu ke dasar laut. candat ni rupanya macam mata kail bercabang. program candat ni kita expected sampai 4 pagi...tp kul 10 - 11 mlm ramai dah ajak balik sbb tak tahan. ramai dah menyumbang muntah diorang ke laut hehe...aku pun jugak laa :D..aha tu laa, baru kitaorang tau...camtu laa kehidupan nelayan sebenar...besar betul pengorbanan nelayan ni kann..mlm tu hampir 20 sotong gak laa kita dpt. tu sebenarnya kira skit...kata nelayan berpengalaman kat sana, kalo tunggu sampai pg, bleh dpt sebaldi

01/05/2005 - bangun pagi ni, ramai yg segar bugar lepas mabuk laut mlm td. then kita proceed ngan activity berkayak, berkayak beramai ni mmg best, berlumba la, berlanggar sesama sendiri laa.....pastu kita ramai ramai singgah kat pulau berhampiran tuk berehat dan bergambar. then petang pulak, aku n beberapa org gi snorkling. my first time laa tuk activiti ni. masa start masuk laut dlm tuu...mmg cuak, aku tengok bebudak lain masuk yg pompuan rilek je...heh...malu pulak tengok pompuan lg berani.....tp pas setengah jam macam tu, rasa dan makin berani, kira dah dpt biasakan diri la...dasar laut mmg cantik, dengan coral yg lawa, ikan yg colorful...n ikan nemo (clown fish) yg femes tu mmg tumpuan lah..itulah antara kecantikan dunia ciptaan Allah yg belum diusik tangan tangan manusia lg kan..Subhanallah... balik dr snorkling, kita berehat..n malam tu kita bakar sotong yg kita tangkap semalam.

02/05/2005 - pagi ni kita main volley ball pantai dan mandi laut puas puas sblm balik. balik cam biasa, naik bot laju. time tu best gak sbb bot kitaorang sebelah menyebelah...cam berlumba je..then sampai di KT, kita makan tengahari di umah adios...then shopping skit sebelum bertolak balik ke kl. masa time balik best skit sbb ader zila yg mmg nampak hepi jee sepanjang jln..walaupun menguap banyak kali gak laa.:D Alhamdullilah sampai kl dlm jam 11 mlm.

Percutian ni mmg best, thanks n tahniah to faiez n rakan penganjur yg lain, yg organize secara teratur. InsyaAllah, there will be another vacation coming up next.....thanks to all participant, all of u hv created another valuable memory to us. c ya in the next issue k

No comments: