Wednesday, March 12, 2008

Result of Election from my perspectives...

Pilihanraya umum yang ke 12 telah pun berakhir dan menyaksikan kejatuhan parti memerintah di kebanyakan kerusi parlimen dan dewan undangan negeri. PRU ke 12 kali ini juga menyaksikan terlepasnya 5 negeri (termasuk KL) ke tangan pihak pembangkang dan menidakkan majoriti 2/3 BN di parlimen yang hanya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Selamat datang kepada pemerintah baru DAP di Pulau Pinang, PAS di Kedah, PKR di Selangor dan pakatan pembangkang di Perak dan tahniah kepada BN yang masih mengekalkan peranan sebagai Kerajaan persekutuan.

Pilihanraya ke 12 ini memperlihatkan keberanian kebanyakan rakyat untuk mengundi pihak pembangkang selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan kebanyakan dasar dan polisi yang diambil oleh kerajaan sebelumnya. Pelbagai isu yang menghangatkan suasana kempen yang memberi kesan mendalam di dalam pemikiran rakyat dan sekaligus memberi pengaruh yang besar kepada pemangkahan kertas undi.

Keputusan pilihanraya kalau dilihat dari sudut positive sebenarnya ada hikmah disebaliknya. kekalahan BN di kebanyakan kerusi kerusi DUN dan Parlimen terutama di semenanjung memberi mesej yang cukup jelas tentang penerimaan rakyat diatas sistem pemerintahan dan dasar dasar yang diperkenalkan sebelum ini. Memetik kepada kata kata bekas pemimpin negara, Pemilihan oleh pengundi kali ini dipengaruhi faktor faktor gaya hidup yang semakin terhimpit.

Gaya hidup banyak dipengaruhi oleh faktor utama iaitu harga petroleum di pasaran yang seterusnya memberi impak kepada kenaikan harga barangan keperluan asas. Selain itu, ketelusan yang diragui terhadap pengagihan kontrak kontrak kerajaan, tuduhan kronisme dan perbalahan dalaman parti antara faktor utama yang dirasakan penyumbang utama kekalahan ini. Di pihak pembangkang pula, antara faktor utama yang dilihat membawa kepada kejayaan mengambil alih negeri negeri dibawah kuasa BN penyatuan parti parti pembangkang dengan satu objektif utama iaitu menewaskan barisan nasional serta persefahaman yang dibentuk yang memberikan kekuatan kepada pakatan pembangkang. Faktor Anwar Ibrahim dilihat sebagai the mastermind dalam membentuk pakatan ini.

Bagi BN, sejarah telah membuktikan pakatan yang dibentuk daripada parti parti yang mewakili kaum kaum utama adalah resipi yang membawa kepada keharmonian dan persefahaman antara kaum. Di dalam pemerintahan BN, tidak dinafikan taraf hidup rakyat semakin meningkat tanpa sebarang masalah yang melibatkan hubungan perkauman di Malaysia sehingga dikagumi oleh negara negara luar. Selama 38 tahun keharmonian seperti ini terpelihara sejak tragedi 13 May 1969 yang membawa kepada pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB adalah suatu dasar yang diilhamkan daripada kelemahan kelemahan didalam hubungan antara kaum di negara multiracial seperti Malaysia. DEB dilihat sebagai terbukti memberi kesan positif terhadap penerimaan semua di dalam penyatuan bangsa dari sudut pembahagian ekonomi.

Bagi barisan pihak pembangkang, mandat yang diberikan perlulah diterima dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Perlu dibuktikan bahawa perjuangan yang dibawa hendaklah menepati citarasa rakyat serta mengambilkira kepentingan seluruh bangsa. Tempoh 4 tahun akan datang ini merupakan medan ujian dan rakyat adalah hakimnya. Penyatuan antara parti parti pembangkang adalah satu keperluan segera yang perlu diambil bagi memastikan keyakinan rakyat untuk tempoh empat tahun ini

Nukilan diatas adalah pandangan peribadi. Wasalam

No comments: