Keputusan AS untuk meneruskan cadangan tindakan ketenteraan terhadap Iran dengan alasan negara itu menggunakan teknologi nuklear untuk pembinaan senjata senjata terlarang adalah sebenarnya sesuatu yg telah diduga sejak pencerobohan Iraq 2 tahun lalu. Majoriti wakil-wakil dunia, yang menentang tindakan AS dan sekutunya, hanya mampu bersuara di pentas PBB sahaja. Negara negara Islam yg bernaung dibawah OIC hanya mampu meluluskan usul mengutuk sahaja. Kenapa hanya usul mengutuk?? kenapa OIC atau PBB tak luluskan usul sekatan perdagangan terhadap AS?? kalau diikutkan sekatan perdagangan sebenarnya mampu mengajar AS mengubah sikap sombongnya. Negara negara pengeluar minyak yg kebanyakannya negara Islam, kalau bergabung sekat perdagangan minyak ke AS mampu menimbulkan krisis tenaga terhadap negara itu. Tapi itulah hakikatnya, ketua ketua negara Islam bukanlah kejam kerana mendiamkan diri, tetapi mereka menjaga periuk nasi negara masing masing memandangkan AS rakan niaga terbesar bagi kebanyakan negara. Bagi ketua ketua negara ini, lebih baik mengutamakan keharmonian negara masing masing sebelum menjaga keharmonian negara org. Disebabkan inilah negara negara Islam sering gagal mencapai kata sepakat dan dan disinilah peranan OIC seringkali dipersendakan.
Bekas PM, tuk dat pernah cakap, kita kalau niat berjihad kene tengok keupayaan kita.. kalau difikirkan mmg Bismillah..
Iran merupakan sebuah negara Islam yg dikenali sebagai Republik Islam Iran. walaupun hampir 90 peratus penduduknya berfahaman syiah, namun mereka masih bernaung dibawah kalimah Syahadah, memperakui Allah, Tuhan yg maha Esa dan Rasullullah Pesuruh Allah. Team Exantra2003 telah berkunjung ke Iran 7/7/2003 hingga 21/7/2003 dan berpeluang menyaksikan sendiri kehidupan masyarakat disana. Iran yg sebelum ini dibawah pemerintahan shah Iran amat rapat dengan US, terutama bila perang di Iraq-Iran meletus. Shah Iran walaubagaimanapun digulingkan berikutan revolusi Islam yg melanda pada 90 an. Sejak dr itu, hubungan Iran dengan AS menjadi tegang. AS nampaknya tidak boleh duduk diam melihatkan Iran yg mampu bergerak maju meniti teknologi nuklear. Iran sebenarnya mempunyai hubungan baik dengan negara Russia dan hubungan baik ini memberi laluan kepada pemindahan teknologi terutama teknologi nuklear. Pemindahan teknologi ini melahirkan golongan cendiakawan di kalangan rakyat Iran seterusnya mampu mengembalikan semula zaman kegemilangan umat Islam suatu masa dahulu. ada betulnya cakap tuk dat, sbb kalo kita berperang tp tak prepare umpama bunuh diri. Preparation yg sebenar ialah ilmu. Sedar atau tidak, Ilmu merupakan senjata paling berkesan, sudah lama barat ambil kesempatan dr umat Islam yg kurang berilmu. Akhir kata, marilah sama sama kita perbanyakan ilmu di dada, bagi menjadikan ia satu senjata yg mampu melindungi kita dr serangan anasir jahat yg menentang Islam. Wallahualam
Monday, January 24, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment