Bismillah.. 3 perkara yg tidak boleh dikawal umat manusia, hanya Allah yg mengetahuinya..dah tiga perkara nilah yg hadir dlm hidup aku sejak seminggu blog ni tidak diupdate. semalam, 16/12/2004, semasa aku baru je masuk keje time 3.30 ptg...aku dpt update berita kejutan dr arip, berita kembalinya Arwah kak syiqin ke Rahmatullah. untuk pengetahuan, arwah kak syiqin ni senior di MMU, juga merupakan isteri kepada abg faizal, juga senior di MMU, dan juga merupakan kakak ipar kepada kawan aku, fahmi. Baru 2 minggu lepas aku hadir ke rumah terbuka mereka, dan tak ku sangka hari itu jugalah hari terakhir aku melihat kak Syiqin (boleh refer kepada blog sebelum ini). Arwah Kak Syiqin meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya di Cyberjaya. Difahamkan arwah kak syiqin telah ke pejabatnya di TM Net. Pajero yg dinaikinya berseorangan dikatakan gagal dikawal ketika melalui selekoh dan terbabas....
petang tu jugak ..aku tinggalkan ofis dan bersama arip ngan duan, kitaorang ke Bangi bg ziarah kali terakhir. Jenazah telah di uruskan di rumah ibu bapa arwah...suasana di rumah ibu bapa arwah amat sugul dan pilu, dengan kebanjiran saudara, rakan taulan arwah bg ziarah kali terakhir. solat jenazah dilaksanakan selepas solat Isya. terasa sebak di dada melihat kesabaran abg faizal menghadapi dugaan sehebat ini, tatkala beliau memasuki van jenazah bersama ayahanda arwah bg mengiringi arwah ke tempat pengebumian. lebih sebak lagi melihat fahmi yang begitu sedih dengan musibah yg melanda.
Kematian mmg sesuatu yang telah ditulis dan tidak mungkin dpt dielakkan oleh sesiapa saja di dunia ini, hanya Allah yg mengetahui dan segalanya adalah miliknya dan segalanya itulah yg akan kembali kepadanya. Kematian arwah kak Syiqin membuktikan kebenaran firman firman Allah serta menimbulkan keinsafan yg amat mendalam di hati hati kami. arwah meninggal dunia pada usia yg muda, 25 tahun.....lebih memilukan lagi arwah meninggalkan anaknya yg masih berusia 7 bulan... umur yg masih belum berupaya mengingati wajah ibunya ketika dia membesar nanti, yg masih belum mengerti tentang kejadian malang yg menimpa ibunya...Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah.
Kepada keluarga, harap bersabar dan kuatkan keteguhan keimanan kepada Allah dan yakinlah semuanya sudah ditulis dan tidak mungkin sesiapa pun dapat mengelakkannya lagi.
Al Fatihah...
'Daripada Allah kita datang, Kepada Allah kita kembali'
Saturday, December 18, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment